Sunday 25 November 2012

Al-Ghazali (1058-1111)


                              أعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
                                      

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya," Allah, tiada Tuhan (yang berhak di sembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi ; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) ".
{ Al-Baqarah : 255 - 'Ayatu'l-Kursi


 
Assalamualaikum, sedikit perkongsian yang ingin saya warkahkan di sini setelah mencuri sedikit masa hujung minggu saya dengan membaca sebuah buku yang bertajuk 'PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK' Saya sangat berminat membaca buku yang berkaitan pendidikan terutama yang berkait dengan jiwa kanak-kanak. Mungkin ini satu kelebihan Allah s.w.t kurniakan kepada saya. Di dalam buku tersebut saya tertarik dengan pendapat,idea dan teori ahli falsafah terunggul kita iaitu Imam Al-Ghazali. Kenalikah dia ? Sedikit 'intro' mengenai beliau : Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali. Dilahirkan pada tahun 450H/1058M di Iran. Beliau adalah seorang ahli falsafah ISLAM yang sangat terkenal dan sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan hampir seratus buah buku.


 Pesanan Imam Al-Ghazali :
 


**Ibu bapa harus memerhatikan pendidikan anak-anak sejak mula pertumbuhannya. Mereka tidak harus mengupah orang lain untuk mengasuh atau menyusukan anak, kecuali seorang perempuan yang solehah, baik urusan agamanya dan hanya memakan yang halal sahaja.

 **Anak-anak adalah amanat di tangan kedua-dua ibubapa. Hatinya yang suci laksana mutiara yang berharga, indah bersih dari segala garisan dan bentuk. Kanak-kanak akan menerima apa sahaja yang dibuat kepadanya dan condong kepada apa yang ditarik kepadanya.
**Ibu bapa harus menghantar anak-anak ke sekolah supaya mereka dapat belajar al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w agar mereka mencotohi teladan yan baik.

 

Nasihat Al-Ghazali buat guru :

 
1)Mengambil pengasuh daripada wanita yang kuat berpegang kepada agama kerana ia memberi kesan kepada kanak-kanak.

 2)Perbaiki keburukan kanak-kanak dengan 'rahmah' bukan dengan cara menempelak.

 3)Mengajarlah sekadar kemampuan mereka.

4)Jangan mengejar terlalu tinggi sehingga menyusahkan mereka.

5)Guru hendaklan BERAMAL dengan ilmu yang diajari.

 
Apa yang dapat saya simpulkan di sini melalui pandangan-pandangan Al-Ghazali kesemua pendekatanya lebih kepada unsur-unsur pendidikan KEROHANIAN DAN MORAL.

 


 

No comments:

Post a Comment