Friday 23 November 2012

Pembuka Bicara Mengenai Pendidikan Anak Soleh

                                                   ۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩-

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa pendidikan anak-anak dengan istilah ‘Riadhatus Sibyan’. Beliau telah menyatakan pentingnya para ibu bapa memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka untuk memastikan mereka membesar sebagai seorang muslim dan mukmin yang benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab mereka terhadap agama, diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia pada masa akan datang kelak. Apakah langkah bijak yang boleh di praktikkan oleh ibu bapa yang budiman? Di sini saya sertakan 2 tips mudah (^_^)

1) ADAB
Didiklah mereka supaya beradab dengan ibu bapa , guru dan orang yang lebih tua dari mereka. Di samping itu latihlah mereka supaya berbakti kepada mereka semua tanpa mengira perbezaan.

“Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”

“Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”


2)IBADAH
Wajib mendidik anak-anak melakukan ibadah, terutama solat dan puasa dan latih mereka supaya berakhlaq dengan akhlaq yang mulia serta mencegah pergaulan dengan teman-teman yang buruk akhlak dan budipekertinya.

 
Sabda Rasulullah SAW “Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur 10 tahun."

No comments:

Post a Comment