Monday 17 December 2012

TIPS RINGKAS dalam mendidik anak-anak


                                                   بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
                                                  اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه


Christmas happy family Plush Finger Puppet Toy Baby Mini Finger Doll cartoon Doll stuffed plush finger toys Wholesale(China (Mainland))

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita supaya elak anak jadi bertambah degil dan nakal dan tidak boleh dikawal.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.






Sekian sahaja..







Friday 14 December 2012

Anak Manja

                                                        بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
                                                  اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

 Alhamdulillah masih berkesemptan untuk berkongsi sedikit maklumat kepada pembaca.Anak manja menjadi tajuk pilihan pada malam ini. Anak manja ?Apakah anak anda tergolong anak-anak yang manja? mungkin menjadi beban pikiran bagi sebagian ibu bapa ? Bagaimana anda menangani anak MANJA ? Adakah anda sebagai ibu bapa akur terhadap kemanjaan anak-anak? atau anda sendiri terlalu manjakan anak-anak ?

 CIRI-CIRI ANAK MANJA ::

 1)Anak tidak tahu peraturan (misalnya memaksa dalam meminta sesuatu yang diingini)

 2)Sering merengek, dan mudah menangis. Perilaku yang selalu bergantung pada orang dewasa dan mengharapkan bantuan orang lain untuk mengerjakan hal-hal yang sudah dapat ia kerjakan sendiri (misalnya minta tolong untuk memakai kasut pada anak usia 7 tahun).

 3)Mudah merajuk jika kemahuannya tidak dituruti.

 4)Mahukan kemenangan tidak mahu kekalahan.


 5)Daya juang (endurance) rendah.



 CARA MENGATASI ANAK MANJA :: 

 1)Buat peraturan yang jelas untuk anak. Misalnya ada waktu untuk tidur, makan, main, makanan yang boleh/tidak boleh dimakan anak dan aturan-aturan lain.Anak boleh memilih, namun pastikan bahawa pilihan tersebut memang sesuai untuknya. Misalnya, bukan memberi pilihan untuk tidur siang atau tidak, kerana anak pasti akan menjawab tidak.

 2)Jangan buat terlalu banyak larangan akan menyebabkan anak tidak percayakan diri sendiri dan takut untuk mengeksplorasi lingkunganya. Aturan harus konsisten, jangan menyerah pada kemanjaan anak.Ibubapa harus bersikap tegas terhadap aturan yang telah dibuat.

 3)Reward( penghargaan) Beri penghargaan atas setiap keberhasilan anak dan jika anak bersabar dan mampu turuti arahan anda.


 4)Memberi dorongan kepada anak untuk melakukan sesuatu dengan sendiri dengan kesesuaian tahap usianya. Misalnya membuka baju sendiri untuk anak usia 4 tahun, menyiapkan keperluan sekolah sendiri untuk anak 7 tahun. Beri tanggung jawab pada anak sesuai dengan usianya.





Assalamualaikum . Cuti sekolah bakal melabuhkan tirainya.. Moleklaa ibu bapa sekalian mengambil langkah persediaan dengan membuat perancangan tadika mana yang menjadi pilihan di hati . Di sini saya berbesar hati ingin kongsikan apa yang telah saya baca dari cadangan dari Pn Hajjah Sabariah dalam Solusi isu 50  tentang 9 tip memilih tadika untuk anak-anak :

1)Visi dan Misi Tadika yang jelas

2) Persekitaran yang selamat, bersih dan menarik, sesuai dengan pembelajaran Islam

3) Kesesuaian peringkat umur

4) Seimbang dari sudut sosio-emosi, jasmani, rohani dan intelek

5) Tenaga pengajar yang berjiwa Islam, terlatih dan penyayang

6) Pembelajaran yang menarik dan interaktif

7) Rekod yang baik

8) Seimbang dari aspek pendidikan Islam dan akademik

9) Mempunyai kaedah pendidikan yang memberi ruang kepada ibubapa untuk meneruskan pembelajaran di rumah



Thursday 29 November 2012

Cara Penjagaan kanak-kanak PENDIDIKAN KHAS







                                                              بِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Alhamdulillah kembali lagi bersua untuk berkongsi maklumat di laman ini.Moga para pembaca berada di dalam keadaan sihat walfiat hendaknya.Kali ini saya mahu berkongsi mengenai tips penjagaan pembelajaran dalam kalangan anak istimewa iaitu anak kelainan upaya.Idea datang setelah pagi tadi mempelajari mengenai 'TECHNOLOGY IN SPECIAL EDUCATION' Maka, jari jemari menari-menari keriangan apabila idea-idea sedang menghampiri diri ..

Apabila kita berhadapan dengan insan seperti ini maka BERSYUKURLA kerana dijadikan Allah sempurna segala nikmat dan kudrat berbanding mereka.Jangan dihina jangan dicaci,beri mereka sokongan dorongan dan bersabarla jika diberi kesempatan untuk melayan kerenah mereka.Diantara jenis penyakit/kelainan upaya anak istimewa ini ialah Autisme,Down syndrome,Dyslexia,Hypoactive dan bermacam lagi .

Mari, di sini sedikit kupasan dan perkongsian cara penjagaan kanak-kanak PENDIDIKAN KHAS dalam pembelajaran yang telah saya baca :)

PERHATIKAN PERKEMBANGAN KOMUNIKASI ANAK :
Terimala dengan redha disaat menerima hakikat di saat anda seorang ibu yang melahirkan dan memiliki anak OKU. Kuatkan diri tabahkan hati dan ketahuilah PERMATAMU itu jugak layak menerima kasih sayang seperti anak normal yang lain.Cuba perhatikan perkembangan komunikasi anak anda dalam kehidupan seharian,lihat peningkatan mereka.Sebagai ingatan,jika usia umur anak anda mencecah 4 tahun tetapi masih tidak mampu bertutur suku kata yang mudah seperti 'pa' 'ma' 'ba' sila bawak anak anda untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.InsyaAllah doktor ada cara baik pulih.

BANTU PENGURUSAN DIRI ANAK :       
Sebagai mana yang kita ketahui anak OKU ini mempunyai masalah dalam penjagaan diri mereka,pembersihan diri,makan dan sebagainya.Jika ia terjadi di hadapan mata anda,luaskan hati ringankan tangan untuk membantu mereka bagi memudahkan mereka.Ibubapa keluarga adalah insan terdekat jika mempunyai anak seperti ini tabahkan jiwa dan sentiasa bersabar dalam memberi penjagaan kepada mereka.Didiklaa mereka secara perlahan dan bersungguh insyaAllah jika dengan izin Allah sampai satu masa anak anda mampu berdikari dalam pengurusan diri insyaAllah.Sebagai contoh yang saya dapat utarakan ialah masalah buang air besar/kecil.Pada permulaan mereka akan membuang air dimerata, maka sebagai penjaga kita ajar dan tunjuk kepada mereka untuk 'buang air' di tandas dan bagaimana untuk memberitahu orang yang mereka perlu ke tandas.

 

MENGETAHUI TAHAP PERKEMBANGAN 3M :

Adakah anda menyedari tahap perkembangan membaca,menulis dan mengira anak anda ? Cuba luangkan masa untuk duduk bersama anak anda dan bebual secara spontan dengan mereka.Jika anak anda sudah mengjakau 8 tahun tetapi masih mempunya masalah di dalam 3M ,elokla bersama berbincang di satu meja bersama guru di sekolah mengenai permasalahan anak anda.Bimbing anak anda secara perlahan dengan berterusan dan cuba motivasikan diri mereka.Elakkan dari memberi tekanan dan paksaan dalam jiwa mereka.




SEKADAR PERKONGSIAN,YANG LEMAH DATANGNYA DARI SAYA. YANG BAIK DARI ALLAH INSYAALLAH :) TERIMA KASIH MELUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA (^_^)



Monday 26 November 2012

Assalamualaikum.. sedikit perkongsian ringkas tapi penuh makna ! Allahuakbar , hati kecil ini menangis terharu .. kasihmu ibu ayah ... Beruntunglaa kalian di dunia dan bekalan akhirat kelak ..

Sunday 25 November 2012

Al-Ghazali (1058-1111)


                              أعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
                                      

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya," Allah, tiada Tuhan (yang berhak di sembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi ; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) ".
{ Al-Baqarah : 255 - 'Ayatu'l-Kursi


 
Assalamualaikum, sedikit perkongsian yang ingin saya warkahkan di sini setelah mencuri sedikit masa hujung minggu saya dengan membaca sebuah buku yang bertajuk 'PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK' Saya sangat berminat membaca buku yang berkaitan pendidikan terutama yang berkait dengan jiwa kanak-kanak. Mungkin ini satu kelebihan Allah s.w.t kurniakan kepada saya. Di dalam buku tersebut saya tertarik dengan pendapat,idea dan teori ahli falsafah terunggul kita iaitu Imam Al-Ghazali. Kenalikah dia ? Sedikit 'intro' mengenai beliau : Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali. Dilahirkan pada tahun 450H/1058M di Iran. Beliau adalah seorang ahli falsafah ISLAM yang sangat terkenal dan sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan hampir seratus buah buku.


 Pesanan Imam Al-Ghazali :
 


**Ibu bapa harus memerhatikan pendidikan anak-anak sejak mula pertumbuhannya. Mereka tidak harus mengupah orang lain untuk mengasuh atau menyusukan anak, kecuali seorang perempuan yang solehah, baik urusan agamanya dan hanya memakan yang halal sahaja.

 **Anak-anak adalah amanat di tangan kedua-dua ibubapa. Hatinya yang suci laksana mutiara yang berharga, indah bersih dari segala garisan dan bentuk. Kanak-kanak akan menerima apa sahaja yang dibuat kepadanya dan condong kepada apa yang ditarik kepadanya.
**Ibu bapa harus menghantar anak-anak ke sekolah supaya mereka dapat belajar al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w agar mereka mencotohi teladan yan baik.

 

Nasihat Al-Ghazali buat guru :

 
1)Mengambil pengasuh daripada wanita yang kuat berpegang kepada agama kerana ia memberi kesan kepada kanak-kanak.

 2)Perbaiki keburukan kanak-kanak dengan 'rahmah' bukan dengan cara menempelak.

 3)Mengajarlah sekadar kemampuan mereka.

4)Jangan mengejar terlalu tinggi sehingga menyusahkan mereka.

5)Guru hendaklan BERAMAL dengan ilmu yang diajari.

 
Apa yang dapat saya simpulkan di sini melalui pandangan-pandangan Al-Ghazali kesemua pendekatanya lebih kepada unsur-unsur pendidikan KEROHANIAN DAN MORAL.

 


 

Friday 23 November 2012

Pembuka Bicara Mengenai Pendidikan Anak Soleh

                                                   ۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩-

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa pendidikan anak-anak dengan istilah ‘Riadhatus Sibyan’. Beliau telah menyatakan pentingnya para ibu bapa memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka untuk memastikan mereka membesar sebagai seorang muslim dan mukmin yang benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab mereka terhadap agama, diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia pada masa akan datang kelak. Apakah langkah bijak yang boleh di praktikkan oleh ibu bapa yang budiman? Di sini saya sertakan 2 tips mudah (^_^)

1) ADAB
Didiklah mereka supaya beradab dengan ibu bapa , guru dan orang yang lebih tua dari mereka. Di samping itu latihlah mereka supaya berbakti kepada mereka semua tanpa mengira perbezaan.

“Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”

“Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”


2)IBADAH
Wajib mendidik anak-anak melakukan ibadah, terutama solat dan puasa dan latih mereka supaya berakhlaq dengan akhlaq yang mulia serta mencegah pergaulan dengan teman-teman yang buruk akhlak dan budipekertinya.

 
Sabda Rasulullah SAW “Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur 10 tahun."